“Apa saja organisasi bernaung di bawah PR dicop haram”
Menyedihkan apabila kita masih lagi mempunyai
Menteri Kabinet yang keliru dan penuh prasangka jelek terhadap rakyat
yang berlainan warna kulit.
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seharusnya melihat kewujudan badan-badan sukarela seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan Unit Amal PAS sebagai satu bentuk organisasi atau gerakan yang boleh dijadikan platform kepada anak muda Malaysia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarela.
Menurut Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia, Edy Noor Reduan, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai haram dan membahayakan.
“Apa saja organisasi sama ada bernaung di bawah Pakatan Rakyat atau pun cenderung menolak Barisan
Nasional akan dicop haram, subversif dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada masa yang sama, Edy Noor turut mempersoalkan adakah pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak suka melihat sekumpulan anak muda yang sukarela melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan juga dididik untuk mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sejak bilakah membuat amal merupakan satu kesalahan jenayah?
“Adakah Zahid gemar melihat pewaris masa depan negara ini terkinja-kinja di kelab-kelab malam ataupun ditangkap di dalam bilik-bilik hotel murah setiap kali menjelang ambang Merdeka dan Tahun Baru? Inikah citra pelapis yang diinginkan oleh Menteri Dalam Negeri?” soalnya kepada Zahid.
Menurut Edy Noor, Zahid terus membisu terhadap Perkasa, ISMA dan Ridhuan Tee yang sering mencetuskan api perkauman seolah-olah mempunyai agenda sulit yang ingin memecahbelahkan negara bahkan Zahid sendiri sering bermain dengan ucapan rasis.
“Apakah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kertas siasatan terhadap Zahid Hamidi?” soalnya.
Katanya lagi, Zahid sepatutnya menjadi seorang individu yang sangat bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan dalam negara.
“Menyedihkan selama 57 tahun Merdeka ini, kita masih lagi mempunyai Menteri Kabinet yang keliru dan penuh prasangka jelek terhadap rakyat yang berlainan warna kulit,” ujarnya.
Edy Noor berkata demikian ekoran deretan pendakwaanterhadap beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak senada dengan pihak Putrajaya.
“Ini merupakan satu lagi bentuk intimidasi politik dan ini juga merupakan satu bentuk kemusnahan demokrasi yang sedang dialami negara.
“Tindakan desperado ini hanya satu sifat yang terzahir ekoran daripada kelirunya Menteri berkait amalan demokrasi. Tidak lagi dapat membezakan antara pentadbiran kerajaan dengan sentimen politik kepartian,” katanya.
No comments:
Post a Comment