Thursday, May 23, 2013


Kenyataan Media Ringkas Presiden PAS "Tindakan BN Menzalimi Rakyat"

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa tindakan mengenakan Good Service Tax (GST) terhadap barangan keperluan rakyat sebaik sahaja PRU selesai adalah suatu bentuk kezaliman ketika mana rakyat terus dibebankan dengan peningkatan mendadak kos sara hidup yang sedang berlaku dalam negara kita.

Sepatutnya pihak kerajaan memilih kaedah lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan pendapatan negara, bukannya dengan memeras ugut rakyat ataupun mengunakan cara yang mudah dengan mengenakan cukai kpd rakyat awam.

Peningkatan sumber kewangan negara juga mestilah terlebih dahulu difokuskan kepada mencapai urustadbir kewangan yang lebih telus, adil dan jauh dari masalah rasuah serta ketirisan dari projek mega yang membazir.

Presiden PAS
23 Mei 2013

No comments:

Post a Comment