Sunday, February 26, 2012

Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang, malam semalam (26 Februari)

Monday, February 27, 2012
Selepas Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Pula Cuba Dikasari Umno-APCO!

Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang, malam semalam (26 Februari).

Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan Umno kebelakangan ini, kian berleluasa.

Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar nyaris menjadi mangsa.

“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” katanya.

Menulis di Twitter kira-kira jam 11 malam, Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan Felda bukan lagi kubu kuat Umno BN.

Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.

“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ,” katanya di Twitter jam 1 pagi ini.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini.

Mengulas kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu sebagai budaya gangsterisme Umno.

Petang tadi, sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.

Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.

Ketua AMK Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.

Dalam kejadian itu, samseng yang kebanyakannya berkemaja-T merah dan membawa bendera Barisan Nasional (BN) turut melempar botol, kayu dan telur.


[巫统支持者闹场阻槟反稀集会,大马警察在看戏!!!]

我们一起share出去!!!

“飙车党”被国阵巫统雇用,警方也淪为帮兇!!!
用钢盔拍打林冠英官车,再殴打记者!!!
请大家share出去!让世界看看这就是我们可悲的国阵政府!!!

在槟城举办的《声援226绿色盛会聚会》上,出现了好几十个身穿印有巫统国阵标志衣服的“恶徒”前来砸场,口出狂言辱骂,最后甚至动粗。

滋事者也阻堵林冠英的官车离去,同时猛吐口水及用钢盔拍打车身。
结果,另一名执行任务的《光华日报》记者被钢盔击中头部。

不但攻击林冠英首长的驾座还殴打记者,在现场的警员却能无动于衷!

当群众大声呼叫在场的警员介入时,
警员却叫群众们安静,这简直就是一个耐人寻味的国际大笑。

当人民遇到困难时,需要警察保护时,我们的警察竟然可以叫人民安静?
那么维护法纪的意义何在?

我真的无法想象在一旁袖手旁观警员之行为,那么人民还会有保障吗?

相关证据:http://www.youtube.com/watch?v=1vPSaBgBA3o&feature=share
这是重要信息,share出去! 我们要让更多人知道真相! 面子书专页:https://www.facebook.com/pages/我们全力支持民行-We-Fully-Support-PKRDAP/132309263482799

No comments:

Post a Comment